TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Jumaat, September 03, 2010

Pemilihan Tokoh NILAM daerah Jempol dan Jelebu

Pada 1 September yang lalu, bertempat di PKG Lui telah diadakan pemilihan Tokoh NILAM daerah Jempol dan Jelebu. Seramai 11 peserta telah mewakili sekolah masing-masing dalam pemilihan tersebut. PSS SMKBBS telah menghantar seorang wakil iaitu Siti Nurhidayah bt Mohd Yunus dari tingkatan 4 Abrar untuk pemilihan bagi kategori sekolah menengah luar bandar . Beliau merupakan pustakawan sekolah dan antara pelajar yang paling banyak membaca buku setakat ini. walaupun bagai manapun rezeki  tidak menyebelahi SMKBBS pada tahun ini apabila SMKBBS gagal mempertahankan kejuaraan seperti pada tahun lepas. Semoga SMKBBS akan berjaya untuk tahun hadapan dengan menampilkan tokoh NILAM yang lebih berkaliber.