TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Jumaat, Mac 08, 2013

PROGRAM MENABUNG BERSAMA BANK RAKYAT

Berlangsung pada 6 Mac 2013 di Dewan Bestari

 

PROGRAM U-SIHAT

PROGRAM BERSAMA KOLEJ PTPL SEREMBAN. MELIBATKAN 40 ORANG PELAJAR TINGKATAN 4, 5 DAN 2 ORANG GURU. PELAJAR DIDEDAHKAN DENGAN KUMPULAN DARAH DAN TURUT MERASAI SENDIRI PROSES UNTUK MENGETAHUI KUMPULAN DARAH SENDIRI

 

KURSUS KEPIMPINAN PRS 2013

Pada 23 Feb 2013 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol seramai 48 PRS tingkatan 1 hingga 5 telah mengikuti kursus kepimpinan yang dikendalikan oleh Cik Fadzilah Mohd Sajat dari IPG Batu Pahat. Kursus ini sangat menarik kerana di akhir kursus kebanyakkan peserta kursus berani tampil ke hadapan.


Khamis, Mac 07, 2013

KHIDMAT NASIHAT DARI PIHAK PKG BAHAU

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak PKG Bahau kerana sentiasa berkongsi idea dengan pihak sekolah.


 

KARNIVAL BAHASA

Pada 6 Mac 2013 telah berlangsung 3 pertandingan bahasa iaitu Bahas, pidato dan bicara berirama. Keputusan pertandingan Bicara berirama SMKBBS telah mengondol Johan, Bahas tempat kedua...tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian...

LATIHAN PUSAT BOLA JARING DAERAH

Bermula 5 - 9 Mac SMK Bandar Baru Serting dipilih untuk latihan pusat bola jaring. Kejohanan peringkat negeri pada 12 dan 13 Mac 2013 di Centre Court Paroi.. Semoga kalian semua berjaya

KEJOHANAN BOLA JARING DAERAH JEMPOL 2013

Kejohanan selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Februari 2013 di padang sekolah SMK Bandar Baru Serting. 17 buah sekolah telah menyertai kejohanan bola jaring daerah. Keputusan pertandingan bagi kategori bawah 15 tahun johan SBPI Jempol dan naib johan SMK Serting Hilir Kompleks. Manakala bawah 18 tahun johan SMK Lui Barat dan naib johan SMK Bandar Baru Serting( Kalah tipis 10 - 9).. Tahniah kepada pasukan sekolah, seramai 5 orang pelajar terpilih untuk mewakili daerah Jempol ke peringkat negeri.

PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 6 Februari 2013 pemantauan PSS telah dibuat oleh En Kamaruzaman daripada BTPN. Penarafan kali kedua oleh tiga orang wakil dari BTPN. Pemantauan ini amat bermakna kepada warga sekolah untuk meningkatkan lagi kualiti Pusat Sumber sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Pn Aminah dan staff PKG Bahau dalam perkongsian idea.

Rabu, Mac 06, 2013

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN AHLI SKUAD NILAM

Majlis ini telah berlangsung pada 18 Feb 2013 bertempat di Dewan Bestari. Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Bahau, Deputi Superintendan Tukiman Seriman. Kepada semua pelajar yang dilantik, selamat menjalankan tugas dengan tekun, amanah, dan bertanggungjawab.

LDP -LESSON STUDY BIDANG BAHASA

Pada 1 Feb 2013 lalu telah diadakan LDP untuk bidang Bahasa. Selama ini LS telah banyak dipraktikkan dalam subjek Matematik dan Sains, dan kali ini cuba dipraktikan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Norshahida Shaharim, Pegawai Bahasa PPD Jempol Jelebu. Program yang bermula jam 3.00 ptg ini berakhir pada jam 4.30 ptg. Rumusan dari program ini ialah untuk menghasilkan LS yang mempunyai dua kitaran iaitu kitaran 1 bermula 1 Feb sehingga 23 Mei 2013 dan kitaran 2 akan bermula pada 10 Jun sehingga 31 Okt 2013. Penyelaras program ini telah diamanahkan oleh Ketua Bidang Bahasa kepada GC Bahasa Melayu, Pn Zazliza.