TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Selasa, Disember 29, 2009

SELAMAT DATANG 2010

Cuti akhir tahun sudah hampir ke penghujungnya. Tahun 2010 sudah mula menghampiri. Bermulanya tahun baru, maka bermulalah sesi persekolahan tahun 2010. Selamat datang pelajar baru tingkatan 1 dan guru baru oleh itu, segalanya haruslah bersemangat baru. PSS SMKBBS jua berazam dengan semangat baru untuk lebih cemerlang sebagaimana kecemerlangan 2009 yang telah dicipta. Bermula dengan kecemerlangan PMR 2009, harus menjadi titik tolak mencipta kegemilangan  untuk tahun 2010..

TAHNIAH ... PELAJAR CEMERLANG 8A PMR 2009

1. EKBAL B. ROSLI
2. HUMAIRAH BT MOHD FARUDZ
3. SITI AISYAH BT TAJUDIN
4. NUR UMIRAH BT MOHD UNZIL
5. NUR IZZATEY ASHRAF BT RAMLY

Isnin, November 30, 2009

Majlis Anugerah Teknopen Negeri 2009

Bertempat di BTPNNS Port Dickson pada 25 November 2009, satu majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Teknopen Negeri 2009 telah dilaksanakan dengan sempurna oleh YB Tuan Shamsulkahar b. Mohd Deli. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas kecemerlangan guru terutamanya dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran. PSS SMKBBS juga telah melakar kecemerlangan apabila berjaya menjadi Johan Pertandingan Blog PSS bagi kategori sekolah menengah. Nur Diyana bt Mahzan pula telah mendapat tempat ke-3 Tokoh NILAM negeri, manakala Pengetua, En Abd Halim b. Md Yunus telah dianugerahi Tokoh Pemimpin dalam ICT. Selain penyampaian hadiah, pameran juga diadakan khususnya oleh johan bagi setiap kategori pertandingan yang telah dianjurkan oleh BTPNS. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang berjaya.
family day 075

 family day 078
family day 080

Khamis, November 19, 2009

Cuti Sekolah Datang Lagi

Sesi persekolahan 2009 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Ini bermakna para pelajar dan guru akan bercuti panjang sementara sesi persekolahan baru 2010. Oleh itu, para pelajar diharapkan dapat mengisi masa dengan aktiviti  yang berfaedah. Jika ada kesempatan, ulang kaji pelajaran tahun depan khususnya pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM. Perpustakaan sekolah dibuka sepanjang cuti sekolah ini. Oleh itu, manfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SMKBBS ..

Selasa, November 17, 2009

TAHNIAH..

Kepetahan berkata-kata dan keyakinan yang tinggi telah menjadikan Nor Diyana bt Mahzan dipilih sebagai TOKOH NILAM daerah Jempol seterusnya akan mewakili daerah Jempol ke pemilihan Tokoh NILAM negeri yang akan diadakan di BTPNS Port Dickson pada 18 hingga 19 November 2009. Tahniah diucapkan dan semoga beliau akan berjaya mengharumkan nama sekolah seterusnya terpilih sebagai Tokoh NILAM negeri bagi mewakili N. Sembilan ke peringkat kebangsaan kelak pada tahun hadapan.
DSC06945

Jumaat, November 13, 2009

Pertandingan Bola Tampar Peringkat Sekolah

SMKBBS telah mengadakan pertandingan bola tampar peringkat sekolah  pada 16/11/2009 yang disertai 6 kumpulan dan beberapa guru pengiring. Tujuan aktiviti ini untuk mengisi masa lapang pelajar dan untuk memilih pemain sekolah pada tahun hadapan.                                

Isnin, November 09, 2009

AKTIVITI SELEPAS PMR

SMKBBS telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Teknik Dato Maharajalela Rembau pada 5.11.2009 yang disertai 3 orang guru dan 30 orang pelajar. Tujuan lawatan memberi pendedahan awal pada pelajar tingkatan 3 tentang peluang pembelajaran di tingkatan 4 sekolah teknik.                                                                                                                          

Lawatan (4)
GAMBAR LAGI

Isnin, November 02, 2009

Pemilihan Tokoh NILAM


Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Jempol dan Jelebu


Pada 10 November 2009 bertempat di PKG Rompin telah diadakan Pemilihan Tokoh NILAM daerah Jempol Jelebu. Pemilihan ini bertujuan untuk mencari Tokoh NILAM daerah bagi mewakili daerah Jempol dan Jelebu ke pemilihan Tokoh NILAM negeri kelak. SMKBBS telah menghantar 3 orang wakil ke pemilihan tersebut iaitu Nur Diyana bt Mahzan, Nurul Izzati bt Baharom dan Nur Shahira bt Abd Rahman. Kesemua mereka ini dari tingkatan 4 Abrar dan masing-masing telah berjaya membaca buku melebihi 288 buah seperti yang ditetapkan untuk peringkat sekolah menengah. Semoga berjaya diucapkan kepada mereka. Didoakan ada di antara mereka akan berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri kelak

Jumaat, Oktober 30, 2009

Majlis Khatam Al-Quran dan Jamuan Hari Raya

SMK Bandar Baru Serting telah mengadakan majlis khatam al-quran dan jamuan hari raya di Dewan Bestari Sekolah. Majlis tersebut di rasmikan oleh  YB Dato` Hj Lilah b Hj Yasin. Majlis diserikan lagi dengan Perasmian Penutup Hari Kemerdekaan dan Perasmian Kelab Setia.


kat 4 amru  2007 092 kat 4 amru  2007 113

Pelancaran Bulan Bahasa

Perasmian Bulan Bahasa SMK Bandar Baru Serting telah dilancarkan pada 30/10/2009 oleh Pengetua di tapak Perhimpunan SMKBBS...
clip_image002

Hari Kokurikulum, Koperasi dan Kantin 2009


Pada 27/06/2009 (Sabtu) sekolah telah mengadakan hari kantin sekolah. Majlis dirasmikan oleh Pengetua sekolah SMKBBS. Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan layang-layang antara unit beruniform, pertunjukan K9 anjing pengesan PDRM, Pameran Kesihatan dan jualan gerai oleh persatuan dan unit beruniform. Selain juga sempena Hari Koperasi ini, telah diadakan bacaan perutusan dan juga penanaman pokok oleh pengetua dan barisan guru penolong kanan.


Sabtu, Jun 20, 2009

Sesi Profesional SMKBBS


Satu sesi perkongsian minda telah diadakan di Dewan Bestari untuk semua guru, staf sokongan serta pekerja swasta sekolah. Sesi profesionalisme ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi b. Ramli dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tajuk yang disampaikan iaitu berkaitan dengan mengenali potensi diri berdasarkan nombor telah menarik perhatian khalayak dan telah disampaikan dengan begitu bertenaga dan bersemangat. Rata-rata hadirin begitu tertarik dengan rahsia yang tersembunyi di sebalik nombor tarikh lahir masing-masing.

Rabu, Jun 17, 2009

Lawatan Ke Pesta Buku




Seramai 36 pustakawan dan 4 orang guru SMKBBS telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa pada 18 April 2009 bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Program ini bertujuan

untuk memberi peluang kepada pelajar dan guru mendapatkan buku yang terkini dengan harga yang berpatutan.

Program Utusan Sukma


Program Utusan Sukma bersama Sasterawan Negara Dato' Seri A.Samad Said akan diadakan pada 23 Jun 2009 bertempat di dewan Bestari SMKBBS. Program ini dijalankan dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Sembilan dan akhbar Utusan Malaysia dan melibatkan 250 peserta termasuk guru dan pelajar sekolah menengah daerah Jempol.


Selasa, Jun 16, 2009

Bengkel Membina Blog







Bengkel Membina Blog PSS

Bertempat di Makmal Bestari SMKBBS, telah diadakan satu bengkel membina blog untuk guru Perpustakaan dan Media (GPM) PKG Bahau yang telah disampaikan oleh En Suhaimi dari PKG Bahau. Kursus yang dijalankan selama dua hari dari 16 hingga 17 Jun ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru media sekolah untuk membina laman blog untuk PSS sekolah masing-masing. Seterusnya laman blog ini akan dipertandingkan untuk Pertandingan Laman Blog peringkat negeri Sembilan.