TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Jumaat, Oktober 25, 2013

PROJEK KAIN FELT ANJURAN PANITIA KHB UNTUK PELAJAR PMR 2013

Projek kain felt untuk pelajar PMR telah dijalankan pada hari jumaat(25 Oktober 2013). Demontrasi membuat keronsang dan penanda buku dari kain felt telah disampaikan oleh Pn Siti Rafidah dan  Pn Habsah. Projek kain felt yang siap dijadikan cenderamata kepada pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan masing-masing. Selepas ini  anak-anak pelajar bolehlah membuat cenderamata untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan.




Perkongsian Ilmu(Penanda Aras) antara SMK Bdr Baru Serting dengan SMK Bahau

Pada 25 Oktober 2013, seorang guru dan tiga orang pelajar sudi hadir ke SMKBBS untuk lawatan dan perkongsian ilmu berkaitan sistem automasi(PS Sentral). Pelbagai perkara dapat dimanafaatkan bersama untuk kecemerlangan pusat sumber sekolah masing-masing. Terima kasih kepada Pn Deva kerana sudi hadir ke sekolah kami.





Kejohanan Sukan 1M1S Piala Menteri Pendidikan Peringkat Negeri

Pada 24 Oktober 2013 telah berlangsung kejohanan sukan 1M1S peringkat negeri di SSN SMK Zaaba dan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring 3 on 3, Bola Keranjang, balapan dan padang.
      Wakil dari SMKBBS telah mewakili PPD Jempol Jelebu bagi acara bola jaring 3 on 3. Keputusan pertandingan SMKBBS berjaya mendapat tempat kedua. Tahniah kepada pasukan sekolah..





Khidmat Masyarakat Untuk Pusat Sumber

Pelajar PMR 2013(22 Oktober 2013) membantu guru Pusat Sumber untuk keceriaan PSS iaitu dengan mewarnakan semula tapak kaki ke PSS sekolah. Terima kasih kepada Azratul dan Sadam kerana sudi membantu.




Khamis, Oktober 03, 2013

PEPERIKSAAN PMR 2013

Semoga calon PMR 2013 berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sokongan dan doa dari warga sekolah untuk kalian semua. Pada hari pertama peperiksaan seramai 16 orang guru hadir untuk memberi sokongan kepada calon-calon PMR...
 Tekun mendengar tips terakhir yang diberi oleh Cikgu Ashaliza
Harapan terakhir dari  Pengetua Puan Hjh Norhayati


 Sarapan pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan 
 antara guru yang hadir
 Rajinnya Ustazah Zariah membersihkan cawan pelajar