TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Isnin, November 08, 2010

Kursus “Team Bulding” di PTPTL Seremban

Seramai 43 pelajar iaitu Pustakawan dan PRS SMKBBS telah menghadiri kursus “Team Building” di Seremban yang dianjurkan oleh UBK dengan kerjasama Kolej PTPL Seremban. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pustakawan PSS dan PRS baru berkaitan pembinaan semangat berpasukan dalam kumpulan bagi memajukan sesuatu organisasi. Kursus ini turut disertai oleh GPM SMKBBS dan Kaunselor sebagai guru pengiring. Rata-rata pelajar yang menyertai program ini begitu seronok menyertainya dan berharap agar kursus sebegini dapat diadakan lagi.             IMG_3656

      IMG_3680 IMG_3673                                                                                Lihat album

Jumaat, September 03, 2010

Pemilihan Tokoh NILAM daerah Jempol dan Jelebu

Pada 1 September yang lalu, bertempat di PKG Lui telah diadakan pemilihan Tokoh NILAM daerah Jempol dan Jelebu. Seramai 11 peserta telah mewakili sekolah masing-masing dalam pemilihan tersebut. PSS SMKBBS telah menghantar seorang wakil iaitu Siti Nurhidayah bt Mohd Yunus dari tingkatan 4 Abrar untuk pemilihan bagi kategori sekolah menengah luar bandar . Beliau merupakan pustakawan sekolah dan antara pelajar yang paling banyak membaca buku setakat ini. walaupun bagai manapun rezeki  tidak menyebelahi SMKBBS pada tahun ini apabila SMKBBS gagal mempertahankan kejuaraan seperti pada tahun lepas. Semoga SMKBBS akan berjaya untuk tahun hadapan dengan menampilkan tokoh NILAM yang lebih berkaliber.

Isnin, Jun 28, 2010

Lawatan Kerja PSS SMKBSS ke SMK Mambau

PSS SMKBSS telah berkesempatan mengadakan kunjungan muhibah ke PSS SMK Mambau bersama-sama PKG Bahau dan GPM SMK Seri Jempol. Lawatan  santai ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat, berknogsi idea  bagi membangunkan PSS. Tambahan pula, SMK Mambau telah mewakili N. Sembilan dalam pertandingan PSS Cemerlang peringkat kebangsaan,  Rombongan telah dibawa melawat  bilik-bilik khas seperti perpustakaan, bilik BBM, Galeri Sejarah , bilik SALC dan  Kafe D’ Mambo. Diharapkan dengan lawatan ini akan memberi idea baru kepada PSS SMKBBS untuk memantapkan lagi kecemerlangan PSS. IMG_5505 IMG_5455  IMG_5460 IMG_5457IMG_5487

Jumaat, Jun 25, 2010

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH

Sesi persekolahan baru dibuka untuk penggal kedua. Ini bermakna pelajar harus menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran terutamanya kelas peperiksaan seperti PMR dan SPM.  Keputusan peperiksaan pertengahan tahun juga akan diumumkan. Sudah pastinya para pelajar begitu berdebar-debar  menunggu keputusan sama ada baik atau sebaliknya. Jika tidak memuaskan, masih ada banyak masa dan ruang untuk membaiki kelemahan tersebut. Jika berjaya, jangan mudah berpuas hati. Apa-apapun selamat berjaya kepada pelajar lepasa SMKBBS yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT

Jumaat, Mei 21, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung pada 20 Me1 2010  dari jam 8 pagi hingga 2 petang. Antara acara yang menarik berlangsung sepanjang hari tersebut ialah sukaneka guru, acara persembahan seperti nyanyian hari guru, persembahan pelajar anugerah guru popular dan juga jamuan kelas. Acara sambutan ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Staff, Badan Pengawas, Pustakawan dan Pelajar Tingkatan 4 dan 5. Tahniah kepada badan penganjur yang menganjurkan aktiviti yang menarik. dan meriah.

      IMG_6617

IMG_6635

IMG_6699

Lihat album

Gotong Royong Perdana

Seluruh warga sekolah telah bekerjasama menjayakan majlis Gotong- royong Perdana peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan dan mengindahkan taman sekolah, mengecat pasu, membersihkan kelas dan  seluruh kawasan sekolah. Tahniah kepada pelajar dan guru yang telah bersama-sama membantu dalam menceriakan kawasan sekolah.IMG_6578

   IMG_6555 IMG_6573

Lihat album

Ahad, April 04, 2010

Pustakawan PSS Pelajar Cemerlang SPM 2009

Seorang Pustakawan PSS antara yang telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2009. Beliau yang dimaksudkan ialah Nor Hidayu bt Abdullah yang telah berjaya mendapat 9A. Selain Norhidayu, seorang lagi pelajar cemerlang SPM juga mendapat 9A ialah Norzieana bt Abdullah. TAHNIAH diucapkan kepada Nor Hidayu kerana berjaya menjadi pelajar terbaik. Semoga kejayaan mereka berdua menjadi inspirasi kepada pelajar lain khususnya untuk terus berjaya dalam akademik.

 

 

IMG_5422

 

 

IMG_5423

Khamis, Mac 11, 2010

SESI PROFEISONALISME GURU KALI KE-3

Sesi Profesionalisme kali ke-3 telah berlangsung pada 6 Mac yang lalu bertempat di bilik Mesyuarat. Sesi kali ini telah menjemput En Mohd Ibrahim b. Musa dari Jemaah Nazir KPM, cawangan N.Sembilan. Sesi kali ini berfokuskan kepada penerangan dan bengkel berkaitan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan hubungkaitnya dengan pengajaran dan pembelajaran guru. Selain itu sesi ini juga membincangkan bagaimana SKPM boleh digunakan sebagai penanda aras kepada kualiti guru cemerlang. Penerangan yang diberikan oleh penceramah begitu jelas dan lengkap dan memberi input berguna kepada semua guru yang hadir.

DSC08047

DSC08043 

                                                                                   Lihat album

Selasa, Mac 09, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 25 Feb 2010. Antara aktiviti yang dijalankan sempena sambutan ini ialah perarakan Maulidur Rasul yang juga merupakan pertandingan antara kelas dan juga ceramah yang telah disampaikan oleh Ust Mohd Azrin b. Ishak dari Pejabat Agama Daerah Jempol. DSC07962 DSC07913 DSC07924

Rabu, Februari 10, 2010

Lawatan SMK Jelai(F)

 

 

 

 

 

 

 

 

PSS SMKBBS telah menerima kunjungan rombongan 7 orang Jawatan Kuasa Kerja PSS SMK Jelal (F) pada 4 Februari yang lalu. Antara lain tujuan lawatan ini ialah untuk mendapatkan dan berkongsi idea serta maklumat berkaitan pengurusan PSS dan Makmal Komputer. Rombongan yang diketuai oleh En Norhaslin Mohsin ini telah dibawa melawat perpustakaan, Pusat Akses dan Makmal Komputer. Turut sama dalam lawatan ini ialah Pn Aminah bt Ibrahim dari PTP PKG Bahau dan En Abd Rashid dari BTPNNS.

 

 

 

 

 

 

Picture 137 Picture 132  

 

 

 

                                                                               Lihat album

Penyampaian Watikah Pelantikan Pustakawan

Seramai 16 orang pustakawan baru telah diwatikahkan sebagai Pustakawan PSS bagi tahun 2010. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua dalam satu majlis ringkas di Dataran Perhimpunan. Pustakawan ini telah dipilih sejak tahun lepas berdasarkan minat dan kesungguhan mereka untuk menjalankan tugas yang diarahkan. Semoga perlantikan ini akan membantu lagi kecemerlangan PSS dan membantu seluruh warga sekolah khasnya.

Picture 124                                                                                    Lihat album

Sabtu, Januari 23, 2010

Sesi Profesionalisme Staff

Seramai  43 orang guru telah menghadiri sesi profesionalisme kali kedua bagi tahun 2010 pada 23 Januari bertempat di Makmal Komputer Bestari dan Pusat Akses, Sesi profesionalisme ini dianjurkan dengan kerjasama Unit ICT, PSS dan Unit LDP. Setiap guru diminta untuk menyiapkan bahan P&P menggunakan perisian PowerPoint. Bahan yang disediakan oleh guru akan direkodkan untuk stok bahan PSS untuk tujuan gunasama dan meningkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. TERIMA KASIH kepada semua yang hadir dan anda semua memang guru yang HEBAT..Picture 126Picture 131                                                                                      Lihat album

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS

Mesyuarat JK Kerja PSS telah diadakan pada 18 Januari yang lalu yang dipengerusikan oleh PK Akademik, Pn Zainon bt Idris. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh PTP PKG Bahau, Pn Aminah bt Ibrahim. Mesyuarat antara lain membincangkan perihal tugasan atau tanggunggjawab JK Kerja PSS dan pembentangan aktiviti PSS bagi tahun 2010 di samping program yang dirancang bersama PKG Bahau, Semoga segala perancangan PSS tahun ini akan dapat dilaksanakan oleh semua AJK dengan penuh dedikasi.IMG_4781 IMG_4779 IMG_4780

Rabu, Januari 20, 2010

BENGKEL KH BERWAJAH BARU

Bengkel KHB berwajah baru apabila sebahagian pelajar tingkatan 3 yang telah tamat peperiksaan bergotong-royong mencantikkan bengkel dengan mengecat dan membaik pulih segala peralatan bengkel. Para pelajar diselia oleh guru-guru KH begitu bersemangat tatkala membersihkan bengkel…..TERIMA KASIH DAUN KELADI…16 52 13 15                                                                                 Lihat album

Sabtu, Januari 09, 2010

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 1

Pada 2 Januari 2009 bermula jam 8.30 pagi,  bertempat di Dewan Bestari SMKBBS telah berlangsung majlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2010. Seramai 173 orang pelajar telah mendaftarkan diri. Pelajar dan ibu bapa telah diberi taklimat berkaitan sekolah oleh PK HEM, Pn Hjh Fatimah bt Wan Abdullah sebelum para pelajar dan ibu bapa mendaftarkan diri dengan guru tingkatan masing-masing. Bermula pada 6 Januari 2010, pelajar ini terlibat dengan Minggu Orientasi Tingkatan 1 sehingga 8 Januari  2010 yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kehidupan pelajar sekolah menengah. Sepanjang minggu tersebut akan diadakan taklimat oleh Unit Disiplin, PSS dan juga Unit ICT serta ceramah motivasi dan pengenalan subjek.

                 Pendaftaran F1 Pendaftaran F1 Pendaftaran F1