TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Isnin, Jun 28, 2010

Lawatan Kerja PSS SMKBSS ke SMK Mambau

PSS SMKBSS telah berkesempatan mengadakan kunjungan muhibah ke PSS SMK Mambau bersama-sama PKG Bahau dan GPM SMK Seri Jempol. Lawatan  santai ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat, berknogsi idea  bagi membangunkan PSS. Tambahan pula, SMK Mambau telah mewakili N. Sembilan dalam pertandingan PSS Cemerlang peringkat kebangsaan,  Rombongan telah dibawa melawat  bilik-bilik khas seperti perpustakaan, bilik BBM, Galeri Sejarah , bilik SALC dan  Kafe D’ Mambo. Diharapkan dengan lawatan ini akan memberi idea baru kepada PSS SMKBBS untuk memantapkan lagi kecemerlangan PSS. IMG_5505 IMG_5455  IMG_5460 IMG_5457IMG_5487

Jumaat, Jun 25, 2010

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH

Sesi persekolahan baru dibuka untuk penggal kedua. Ini bermakna pelajar harus menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran terutamanya kelas peperiksaan seperti PMR dan SPM.  Keputusan peperiksaan pertengahan tahun juga akan diumumkan. Sudah pastinya para pelajar begitu berdebar-debar  menunggu keputusan sama ada baik atau sebaliknya. Jika tidak memuaskan, masih ada banyak masa dan ruang untuk membaiki kelemahan tersebut. Jika berjaya, jangan mudah berpuas hati. Apa-apapun selamat berjaya kepada pelajar lepasa SMKBBS yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT