TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Selasa, Disember 03, 2013

Anugerah Nilam 2013


GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KOLAM

Aktiviti selepas peperiksaan iaitu membersihkan kolam ikan. Pelajar 2 Amru ditugaskan untuk membersihkan kolam ikan di depan pejabat sekolah. Kerja amal sebelum cuti sekolah...terima kasih kepada pelajar 2 Amru




Jumaat, Oktober 25, 2013

PROJEK KAIN FELT ANJURAN PANITIA KHB UNTUK PELAJAR PMR 2013

Projek kain felt untuk pelajar PMR telah dijalankan pada hari jumaat(25 Oktober 2013). Demontrasi membuat keronsang dan penanda buku dari kain felt telah disampaikan oleh Pn Siti Rafidah dan  Pn Habsah. Projek kain felt yang siap dijadikan cenderamata kepada pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan masing-masing. Selepas ini  anak-anak pelajar bolehlah membuat cenderamata untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan.




Perkongsian Ilmu(Penanda Aras) antara SMK Bdr Baru Serting dengan SMK Bahau

Pada 25 Oktober 2013, seorang guru dan tiga orang pelajar sudi hadir ke SMKBBS untuk lawatan dan perkongsian ilmu berkaitan sistem automasi(PS Sentral). Pelbagai perkara dapat dimanafaatkan bersama untuk kecemerlangan pusat sumber sekolah masing-masing. Terima kasih kepada Pn Deva kerana sudi hadir ke sekolah kami.





Kejohanan Sukan 1M1S Piala Menteri Pendidikan Peringkat Negeri

Pada 24 Oktober 2013 telah berlangsung kejohanan sukan 1M1S peringkat negeri di SSN SMK Zaaba dan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring 3 on 3, Bola Keranjang, balapan dan padang.
      Wakil dari SMKBBS telah mewakili PPD Jempol Jelebu bagi acara bola jaring 3 on 3. Keputusan pertandingan SMKBBS berjaya mendapat tempat kedua. Tahniah kepada pasukan sekolah..





Khidmat Masyarakat Untuk Pusat Sumber

Pelajar PMR 2013(22 Oktober 2013) membantu guru Pusat Sumber untuk keceriaan PSS iaitu dengan mewarnakan semula tapak kaki ke PSS sekolah. Terima kasih kepada Azratul dan Sadam kerana sudi membantu.




Khamis, Oktober 03, 2013

PEPERIKSAAN PMR 2013

Semoga calon PMR 2013 berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sokongan dan doa dari warga sekolah untuk kalian semua. Pada hari pertama peperiksaan seramai 16 orang guru hadir untuk memberi sokongan kepada calon-calon PMR...
 Tekun mendengar tips terakhir yang diberi oleh Cikgu Ashaliza
Harapan terakhir dari  Pengetua Puan Hjh Norhayati


 Sarapan pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan 
 antara guru yang hadir
 Rajinnya Ustazah Zariah membersihkan cawan pelajar

Jumaat, September 20, 2013

PENGAJARAN MUZIK

Kelas 2 Abrar telah menjalankan Pdp di dataran perhimpunan untuk matapelajaran muzik. Mereka berpeluang mempamerkan kebolehan masing-masing di depan khalayak ramai.



PBS- Penternakan Ikan Air Tawar

Pada 20 Sept 2013 tingkatan 2 Amru telah mengadakan amali memungut hasil ikan air tawar dan menggred ikan. Lokasi yang dipilih adalah kolam ikan di depan pejabat sekolah. Aktiviti dibuat secara kumpulan.




Isnin, Julai 22, 2013

PERKONGSIAN ILMU FROG VLE

Seramai 3 orang guru iaitu Cik Nik Sarizah, Pn Habsah, Pn Siti Rafidah dan seorang juruteknik En Mohd Saufee telah dipilih sebagai jurulatih utama bagi kursus peluasan penggunaan frog VLE dibawah PKG Bahau. tahniah kepada yang terpilih.. Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu sekolah-sekolah berhampiran.
Tekun sekali cikgu Rafidah...
Amboi cikgu Nik.....berseri-seri
ketika sesi pembelajaran

ANUGERAH KUALITI ANJURAN PPD JEMPOL DAN JELEBU

SMK BDR BARU SERTING telah merangkul 5 anugerah bagi tahun 2012. Tahniah diucapkan.
Anugerah tersebut ialah:
1. Pusat Sumber terbaik
2. PIBG terbaik
3. Bilik PBS terbaik
4. PMR
5. SPM

PSS Terbaik
Bilik PBS terbaik
Anugerah SPM
Anugerah PMR
PIBG terbaik

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MINGGU PUSAT SUMBER, ICT DAN BAHASA

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Norhayati (Pengetua SMKBBS) pada 15 Julai 2013.
keputusan pertandingan:

1. Bilik Khas
    tempat pertama : Cafe Biduanda
    tempat kedua    : Bilik Matematik
    tempat ketiga    : Makmal EPU 2

2. Papan Kenyataan
    tempat pertama   : Kelab katering dan Penyajian
    tempat kedua      : Unit Penilaian dan peperiksaan
    tempat ketiga      : PBS

3. Pertandingan menaip pantas
    kategori pelajar:
    tempat pertama   : Nur Izzati Farzana
    tempat kedua      : Sharenashanaz
    tempat ketiga      ; Farah Syaliyana

   kategori guru
   tempat pertama  : Cik Norazimah
   tempat kedua     : Pn Ashaliza Zairis
   tempat ketiga      : Pn Tuty Sutina

4. Pertandingan fotografi
    tempat pertama : Salihin
    tempat kedua    : Norhanifah
    tempat ketiga    : Mohamad Fahmi

5. Buku skrap : Hanisah

6. Menulis esei: Syazana Abd Muian

7. Rekacipta bahan terbuang:
    Salihin
    Mohamad Fahmi
    Nik Fazirul Fakhri

8. Poster " Sekolahku Hebat"
    Mohd Syafiq Mohd Isa
    Norhanifah