TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Sabtu, Jun 20, 2009

Sesi Profesional SMKBBS


Satu sesi perkongsian minda telah diadakan di Dewan Bestari untuk semua guru, staf sokongan serta pekerja swasta sekolah. Sesi profesionalisme ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi b. Ramli dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tajuk yang disampaikan iaitu berkaitan dengan mengenali potensi diri berdasarkan nombor telah menarik perhatian khalayak dan telah disampaikan dengan begitu bertenaga dan bersemangat. Rata-rata hadirin begitu tertarik dengan rahsia yang tersembunyi di sebalik nombor tarikh lahir masing-masing.

Rabu, Jun 17, 2009

Lawatan Ke Pesta Buku




Seramai 36 pustakawan dan 4 orang guru SMKBBS telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa pada 18 April 2009 bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Program ini bertujuan

untuk memberi peluang kepada pelajar dan guru mendapatkan buku yang terkini dengan harga yang berpatutan.

Program Utusan Sukma


Program Utusan Sukma bersama Sasterawan Negara Dato' Seri A.Samad Said akan diadakan pada 23 Jun 2009 bertempat di dewan Bestari SMKBBS. Program ini dijalankan dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Sembilan dan akhbar Utusan Malaysia dan melibatkan 250 peserta termasuk guru dan pelajar sekolah menengah daerah Jempol.


Selasa, Jun 16, 2009

Bengkel Membina Blog







Bengkel Membina Blog PSS

Bertempat di Makmal Bestari SMKBBS, telah diadakan satu bengkel membina blog untuk guru Perpustakaan dan Media (GPM) PKG Bahau yang telah disampaikan oleh En Suhaimi dari PKG Bahau. Kursus yang dijalankan selama dua hari dari 16 hingga 17 Jun ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru media sekolah untuk membina laman blog untuk PSS sekolah masing-masing. Seterusnya laman blog ini akan dipertandingkan untuk Pertandingan Laman Blog peringkat negeri Sembilan.