TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Sabtu, Januari 23, 2010

Sesi Profesionalisme Staff

Seramai  43 orang guru telah menghadiri sesi profesionalisme kali kedua bagi tahun 2010 pada 23 Januari bertempat di Makmal Komputer Bestari dan Pusat Akses, Sesi profesionalisme ini dianjurkan dengan kerjasama Unit ICT, PSS dan Unit LDP. Setiap guru diminta untuk menyiapkan bahan P&P menggunakan perisian PowerPoint. Bahan yang disediakan oleh guru akan direkodkan untuk stok bahan PSS untuk tujuan gunasama dan meningkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. TERIMA KASIH kepada semua yang hadir dan anda semua memang guru yang HEBAT..Picture 126Picture 131                                                                                      Lihat album

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS

Mesyuarat JK Kerja PSS telah diadakan pada 18 Januari yang lalu yang dipengerusikan oleh PK Akademik, Pn Zainon bt Idris. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh PTP PKG Bahau, Pn Aminah bt Ibrahim. Mesyuarat antara lain membincangkan perihal tugasan atau tanggunggjawab JK Kerja PSS dan pembentangan aktiviti PSS bagi tahun 2010 di samping program yang dirancang bersama PKG Bahau, Semoga segala perancangan PSS tahun ini akan dapat dilaksanakan oleh semua AJK dengan penuh dedikasi.IMG_4781 IMG_4779 IMG_4780

Rabu, Januari 20, 2010

BENGKEL KH BERWAJAH BARU

Bengkel KHB berwajah baru apabila sebahagian pelajar tingkatan 3 yang telah tamat peperiksaan bergotong-royong mencantikkan bengkel dengan mengecat dan membaik pulih segala peralatan bengkel. Para pelajar diselia oleh guru-guru KH begitu bersemangat tatkala membersihkan bengkel…..TERIMA KASIH DAUN KELADI…16 52 13 15                                                                                 Lihat album

Sabtu, Januari 09, 2010

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 1

Pada 2 Januari 2009 bermula jam 8.30 pagi,  bertempat di Dewan Bestari SMKBBS telah berlangsung majlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2010. Seramai 173 orang pelajar telah mendaftarkan diri. Pelajar dan ibu bapa telah diberi taklimat berkaitan sekolah oleh PK HEM, Pn Hjh Fatimah bt Wan Abdullah sebelum para pelajar dan ibu bapa mendaftarkan diri dengan guru tingkatan masing-masing. Bermula pada 6 Januari 2010, pelajar ini terlibat dengan Minggu Orientasi Tingkatan 1 sehingga 8 Januari  2010 yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kehidupan pelajar sekolah menengah. Sepanjang minggu tersebut akan diadakan taklimat oleh Unit Disiplin, PSS dan juga Unit ICT serta ceramah motivasi dan pengenalan subjek.

                 Pendaftaran F1 Pendaftaran F1 Pendaftaran F1