TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Isnin, November 30, 2009

Majlis Anugerah Teknopen Negeri 2009

Bertempat di BTPNNS Port Dickson pada 25 November 2009, satu majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Teknopen Negeri 2009 telah dilaksanakan dengan sempurna oleh YB Tuan Shamsulkahar b. Mohd Deli. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas kecemerlangan guru terutamanya dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran. PSS SMKBBS juga telah melakar kecemerlangan apabila berjaya menjadi Johan Pertandingan Blog PSS bagi kategori sekolah menengah. Nur Diyana bt Mahzan pula telah mendapat tempat ke-3 Tokoh NILAM negeri, manakala Pengetua, En Abd Halim b. Md Yunus telah dianugerahi Tokoh Pemimpin dalam ICT. Selain penyampaian hadiah, pameran juga diadakan khususnya oleh johan bagi setiap kategori pertandingan yang telah dianjurkan oleh BTPNS. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang berjaya.
family day 075

 family day 078
family day 080

Khamis, November 19, 2009

Cuti Sekolah Datang Lagi

Sesi persekolahan 2009 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Ini bermakna para pelajar dan guru akan bercuti panjang sementara sesi persekolahan baru 2010. Oleh itu, para pelajar diharapkan dapat mengisi masa dengan aktiviti  yang berfaedah. Jika ada kesempatan, ulang kaji pelajaran tahun depan khususnya pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM. Perpustakaan sekolah dibuka sepanjang cuti sekolah ini. Oleh itu, manfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SMKBBS ..

Selasa, November 17, 2009

TAHNIAH..

Kepetahan berkata-kata dan keyakinan yang tinggi telah menjadikan Nor Diyana bt Mahzan dipilih sebagai TOKOH NILAM daerah Jempol seterusnya akan mewakili daerah Jempol ke pemilihan Tokoh NILAM negeri yang akan diadakan di BTPNS Port Dickson pada 18 hingga 19 November 2009. Tahniah diucapkan dan semoga beliau akan berjaya mengharumkan nama sekolah seterusnya terpilih sebagai Tokoh NILAM negeri bagi mewakili N. Sembilan ke peringkat kebangsaan kelak pada tahun hadapan.
DSC06945

Jumaat, November 13, 2009

Pertandingan Bola Tampar Peringkat Sekolah

SMKBBS telah mengadakan pertandingan bola tampar peringkat sekolah  pada 16/11/2009 yang disertai 6 kumpulan dan beberapa guru pengiring. Tujuan aktiviti ini untuk mengisi masa lapang pelajar dan untuk memilih pemain sekolah pada tahun hadapan.                                

Isnin, November 09, 2009

AKTIVITI SELEPAS PMR

SMKBBS telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Teknik Dato Maharajalela Rembau pada 5.11.2009 yang disertai 3 orang guru dan 30 orang pelajar. Tujuan lawatan memberi pendedahan awal pada pelajar tingkatan 3 tentang peluang pembelajaran di tingkatan 4 sekolah teknik.                                                                                                                          

Lawatan (4)
GAMBAR LAGI

Isnin, November 02, 2009

Pemilihan Tokoh NILAM


Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Jempol dan Jelebu


Pada 10 November 2009 bertempat di PKG Rompin telah diadakan Pemilihan Tokoh NILAM daerah Jempol Jelebu. Pemilihan ini bertujuan untuk mencari Tokoh NILAM daerah bagi mewakili daerah Jempol dan Jelebu ke pemilihan Tokoh NILAM negeri kelak. SMKBBS telah menghantar 3 orang wakil ke pemilihan tersebut iaitu Nur Diyana bt Mahzan, Nurul Izzati bt Baharom dan Nur Shahira bt Abd Rahman. Kesemua mereka ini dari tingkatan 4 Abrar dan masing-masing telah berjaya membaca buku melebihi 288 buah seperti yang ditetapkan untuk peringkat sekolah menengah. Semoga berjaya diucapkan kepada mereka. Didoakan ada di antara mereka akan berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri kelak