TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Khamis, Disember 06, 2012

TARIKH-TARIKH PENTING

1. 19 Disember 2012 - insyallah PMR keluar

2. 24 Disember 2012 - Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran

3. 26 Disember 2012 - Mesyuarat Guru, HEM dan KOKO

4. 27 Disember 2012 - Mesyuarat Kurikulum, PBS dan Bidang

5. 28 Disember 2012 - LDP PBS tingkatan 2

Program Membaca 1Malaysia(Readtogether) - 24/10/12

Kempen membaca serentak seluruh Malaysia.

               Baca buku ke tengah pandang kamera cikgu.....

                             Baca  jangan bersembang ....

                     Cikgu pun semangat membaca.... Penuh borang di isi..


Bahan bacaan disediakan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Seronok tengok gelagat semua warga SMKBBS sunyi sepi dengan bahan bacaan masing-masing.


Gotong Royong PSS

Sebelum gotong royong
kaunter asal
Dah ubah suai... nampak lapang sikit
                                           kaunter pun dh alih..nampak gelap terlupa buka lampu...

Program keceriaan PSS dibuat 2 kali setahun untuk menimbulkan mood pelajar ketika berkunjung ke PSS. Awal tahun tunggu ya ada beberapa perubahan lagi untuk menceriakan PSS dengan konsep yang lebih segar tunggu ya....



Make Over Galeri Sejarah

Berwajah baru..... Amboi Cik Mona...

                                               Abang Bob tolong gantung frame...terima kasih ya
                                                         Buat betul-betul ya bang Bob....

Baik pulih galeri sejarah dengan wajah baru yang lebih segar menaikkan serinya... Maklumlah cikgu sendiri yang mengecat... dengan bantuan beberapa orang pelajar. Walaupun bulan puasa cikgu tetap meneruskan usaha untuk menceriakan galeri sejarah ini... BERSAMA KITA MENJAGA GALERI SEJARAH SUPAYA TAHUN DEPAN KITA BOLEH MASUK BERTANDING GALERI SEJARAH TERBILANG...

SEPETANG DI KG LONEK ( 4 Julai 2012)

PROGRAM SEPETANG DI KG LONEK ANTARA PSS, PRS DAN KELAB PELANCONGAN


Ustazah nak cuba pulak  mengemping....


                                                    Refleksi bersama Cikgu Badariah

penyerahan cenderamata dr pihak sekolah

                                                  Mengoca ikan...he he gelinya......

Bertujuan memberi pendedahan kepada pengawas pusat sumber suasana kehidupan di kampung yang tidak pernah dilalui oleh para pelajar seperti mengemping padi, mengoca ikan......Seronok ..tahun depan cikgu kita tidur pulak ya...

Khamis, Julai 19, 2012

Muafakat membawa berkat...

Muafakat antara guru-guru SMKBBS telah menjayakan potlak sebelum Ramadhan...Antaranya membakar lemang, memasak rendang dan menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama..

memasak rendang


memotong daging




Potlak guru-guru SMK Bandar Baru Serting

Juadah yang menyelerakan

Kepelbagaian lauk pauk

Membakar lemang


Ukhwah antara guru,staf dan pelajar


Semangat Cikgu Anis dan pelajar memasukan beras pulut dalam buluh..

Diharapkan program sebegini dapat dijalankan lagi...



Program Ihya' Ramadhan SMKBBS 2012

Ramadhan Tiba..Ramahdan tiba...Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan...Tanggal 19/7/2012 Pengetua SMKBBS telah merasmikan Program Ihya' Ramadhan tahun 2012. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan antaranya Pertandingan merekacipta Kad Ucapan Hari Raya, Tadarus Al-quran, pertandingan mewarna, menulis teks jawi, Kuiz Ramadhan, pertandingan Azan dan syarahan, Kuiz Ramadhan dan juga bacaan Yasin/Ma'thurat.
 
Antara aktiviti yang dijalankan sempena perasmian adalah Bacaan tadarus Al-Quran, Berzanji....

Tadarus Al-Quran oleh saudara Noorsham Jamaludin dan bacaantafsir olah saudara Mohd Noor Risyam

Perasmian Bulan Ihya' Ramadhan


Pengetua menyuapkan pelajar sebiji kurma

Tanda kasih seorang guru


Pengetua menyuapkan kurma kepada Nabila Husna 2 Abrar

Penyerahan sisipan Ramadhan

Ketua Bidang Kemanusiaan memberi cendramata kepada Tuan Pengetua

Berzanji

wakil pelajar 5 ABRAR

Semoga Ramadhan tahun ini memberi makna yang mendalam kepada para pelajar SMK BANDAR BARU SERTING...




Rabu, Julai 04, 2012

Program Jati Diri Dan Motivasi Pelajar Tingkatan 3

Untuk menghilangkan stress belajar dan meningkatkan motivasi pelajar satu program telah diadakan di Kem PLKN De Bana. Pelajar berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi dan menaiki bus ke sana.

Pendaftaran pelajar di kantin SMKBBS

Pelajar-pelajar menaiki bus yang telah ditetapkan
Sampai sahaja di  Kem PLKN De Bana pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk memastikan aktiviti yang ingin dilakukan berjalan lancar. Sebelum memulakan aktiviti pelajar dikehendaki memanaskan badan.

Warming up......1,2,3,4,5,6,7,8

Semangat pelajar SMK BBS memanaskan badan
Diantara aktiviti yang telah dijalankan di  Kem PLKN De Bana seperti Flying fox , laluan berhalang dan banyak lagi....




 
Guru-guru mencuba aktiviti yang dijalankan..

Motivasi dengan penceramah jemputan..
memberi tumpuan 100%


Penat berfikir...
Bersiap pulang ke SMKBBS...