TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Ahad, Januari 27, 2013

PROGRAM NILAM PELAJAR - JOM BACA SEKEJAP( 22 JANUARI 2013)


SEORANG PELAJAR SEDANG MENJAWAB SOALAN KUIZ YANG DIUTARAKAN BERDASARKAN BAHAN BACAAN DI SUDUT NILAM
HADIAH APA NAK AMBIL NI....

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU HAMDAN (25 JAN 2013)

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Hamdan kerana kenaikan pangkat sebagai Guru kanan Bahasa di SMK Seri Perpatih... Kehilangan Cikgu amat kami rasai..Semoga cikgu berjaya di tempat baru

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan secara sederhana iaitu dengan bacaan Yassin, ceramah agama dan persembahan pelajar. Semoga kita semua dapat menjadikan Rasulullah idola untuk kita berjaya dunia dan akhirat...

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2013


Pelancaran Nilam peringkat Sekolah yang telah berlangsung pada 21 Januari 2013. Pelbagai acara telah dirancang untuk menggalakkan program membaca peringkat sekolah seperti: - jom dengar sekejap, Jom dengar sebentar, lawatan ke pesta buku, sudut nilam terbaik, pembaca terbanyak dan pelbagai lagi acara. Semoga tahun 2013 program membaca untuk warga SMKBBS lebih baik dari tahun sebelumnya.
UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU PENOLONG KANAN 1
GIMIK PELANCARAN AKHIR SEKALI PERSEMBAHAN PELAJAR - BERCERITA DAN NYANYIAN LAGU NILAM

Sabtu, Januari 19, 2013

PROGRAM ORIENTASI PENGAWAS DAN PENGAWAS PSS 2013

SESI SUAIKENAL..
PELBAGAI AKTIVITI DIJALANKAN...TAHNIAH
PERASMIAN PENUTUP OLEH PENGETUA SMKBBS - PN HJH NORHAYATI

MESYUARAT PERTAMA 2013

Pelbagai isu dibincangkan untuk meneruskan tugas sesi 2013.. Semangat Guru SMKBBS 2013

ANUGERAH GURU 2013

Pelbagai kategori Anugerah yang diberi seperti Buku Rekod Terbaik, Meja Guru paling Kemas, Tiada cuti sakit, tiada cuti rehat, datang bertugas paling awal.. Meriah sungguh.. Memang setiap tahun anugerah dinantikan pada setiap kali mesyuarat pertama..

Jumaat, Januari 04, 2013

WAJAH PSS YANG BARU (2013)

Suasana baru untuk warga SMKBBS. Semoga suasana lebih tenang dan menarik lebih ramai yang hadir untuk membaca....

ORGANISASI PSS 2013

PENGERUSI: MASSHAWANI BT PADZILAH

NAIB PENGERUSI: NURHAFIZ B MUSTAFA

SETIAUSAHA: MASZURIANA BT ZULKIFLI

BENDAHARI: MOHD SYAFIQ B MOHD ISA

AJK:

1) BILIK TAYANG: NUR SYAHIRA SYAZREEN

2) PUSAT AKSES: NUR SYAIDATUL NAJWA

3) BILIK SALC: NUR AFIQAH


Tahniah diucapkan. Diharapkan pengurusan baru dapat menjadikan PSS lebih cemerlang dan terbilang..

Sesi Persekolahan 2013

Selamat datang kepada pelajar tingkatan 1.... Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah baru. TANAM AZAM BARU DI SEKOLAH BARU SUPAYA BERJAYA MENJADI INSAN CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT..

TAHNIAH

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR 2012. Seramai 7 orang pelajar berjaya mendapat 8A, 7 orang 7A... kepada yang kurang berjaya cuba lagi untuk peperiksaan SPM..