TERKINI

SELAMAT MELAYARI BLOG PSS SMK BANDAR BARU SERTING . AKTIFKAN FROG VLE ANDA (GOOGLE CHROME : https://nea6008.1bestarinet.net) HARI INI

Rabu, Julai 04, 2012

Puteriku Sayang...

Pada 29 Jun 2012 giliran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 untuk menghadiri slot Puteriku Sayang. Pentazkirah pada hari tersebut adalah Cik Anis Wahida Bt Mohamad dan dibantu oleh guru praktikal Cik Nur Syuhada. Tajuk tazkirah pada minggu tersebut adalah "UBAT HATI".




Isnin, November 08, 2010

Kursus “Team Bulding” di PTPTL Seremban

Seramai 43 pelajar iaitu Pustakawan dan PRS SMKBBS telah menghadiri kursus “Team Building” di Seremban yang dianjurkan oleh UBK dengan kerjasama Kolej PTPL Seremban. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pustakawan PSS dan PRS baru berkaitan pembinaan semangat berpasukan dalam kumpulan bagi memajukan sesuatu organisasi. Kursus ini turut disertai oleh GPM SMKBBS dan Kaunselor sebagai guru pengiring. Rata-rata pelajar yang menyertai program ini begitu seronok menyertainya dan berharap agar kursus sebegini dapat diadakan lagi.             IMG_3656

      IMG_3680 IMG_3673                                                                                Lihat album

Jumaat, September 03, 2010

Pemilihan Tokoh NILAM daerah Jempol dan Jelebu

Pada 1 September yang lalu, bertempat di PKG Lui telah diadakan pemilihan Tokoh NILAM daerah Jempol dan Jelebu. Seramai 11 peserta telah mewakili sekolah masing-masing dalam pemilihan tersebut. PSS SMKBBS telah menghantar seorang wakil iaitu Siti Nurhidayah bt Mohd Yunus dari tingkatan 4 Abrar untuk pemilihan bagi kategori sekolah menengah luar bandar . Beliau merupakan pustakawan sekolah dan antara pelajar yang paling banyak membaca buku setakat ini. walaupun bagai manapun rezeki  tidak menyebelahi SMKBBS pada tahun ini apabila SMKBBS gagal mempertahankan kejuaraan seperti pada tahun lepas. Semoga SMKBBS akan berjaya untuk tahun hadapan dengan menampilkan tokoh NILAM yang lebih berkaliber.